Sunday, February 12, 2012

Whitney Houstan dah takde ?


Pada hari minggu yang tenang dan rileks tiba-tiba aku mendapat berita yang menyatakan bahawa penyanyi kegemaran ramai telah tiada. Aku takde la rasa apa-apa sangat, cuma apa yang aku ingat dan suka tentang Whitney Houstan ni ialah vokalnya yang mantap dan sedap.

Lagipun daripada aku sekolah lagi, aku dibesarkan dengan selingan lagu-lagu nyanyian Whitney Houstan. Walaupun pada zaman tu sebaran media tidak sehebat zaman sekarang. Namun nyanyian merdu serta lakonannya dalam 'Bodyguard' tetap aku ingati.

Lagu nyanyiannya memang menjadi ikutan dan siulan aku dan rakan-rakan masa dulu-dulu, walaupun bahasa inggeris kami tidak berapa hebat tapi masih boleh hafal lagu dan lirik-lirik 'I will always love u' 'Run to u' 'Exhale' dan banyak lagi.

Namun itu semua adalah kenangan silam di zaman persekolahan, dan kenangan tersebut tidak mungkin terpadam walaupun penyanyi nya telah tiada....

No comments:

Post a Comment