Sunday, March 21, 2010

Teruskan Perjuangan PERKASA !

Pelbagai spekulasi timbul lantaran isu DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak dapat hadir untuk Majlis Perasmian Pertubuhan Pribumi Perkasa yang akan berlangsung pada 27hb Mac 2010.Ditambah lagi dengan peryataan di dada akhbar tentang perkara tersebut yang mana sedikit sebanyak telah mencarik nama Pertubuhan Perkasa yang begitu laris di pasaran dengan sifat perjuangan yang menjaga kepentingan tentang hak orang Melayu dan Bumiputra.

Walau jutaan tanggapan maupun tuduhan yang menyatakan bahawa Perkasa adalah sebuah pertubuhan 'rasis'. Kelihatan tidak sedikitpun memadamkan semangat juang yang ada dalam diri setiap ahli Perkasa itu sendiri.

Aku kagum dan bangga dengan semangat tersebut.Semangat sebeginilah yang harus wujud dalam setiap diri insan yang bernama Melayu.Semangat tidak takut dengan cabaran,semangat tidak kenal erti kegagalan dan semangat perjuangan yang tidak mengira akan kepentingan perseorangan.

Aku akan tetap teguh berdiri dan terus memberikan sokongan untuk perjuangan bangsaku.Walaupun pelbagai halangan dan juga rintangan yang melanda.Namun semua itu pasti akan lenyap sekiranya Melayu bersatu dan membentuk kesepakatan yang menyeluruh.Kalau bukan kita yang meneruskan perjuangan suci ini...siapa lagi yang mahu kita harapkan...

Aku suka dengan semangat yang ada pada Tun Dr Mahathir Mohamad.Terus menerus menyokong perjuangan Perkasa tanpa mempedulikan pandangan songsang sesetengah pihak yang tidak senang dengan sokongan tersebut. Apakah satu dosa jika kita mempertahankan bangsa kita sendiri?

Aku tetap akan memberikan sepenuh sokongan kepada Perkasa...Berjuanglah Perkasa...jangan hirau...jangan risau...jangan takut dilambung badai...perjuangan telah dimulakan...teruskan Berjuang..Teruskan Perjuangan...