Monday, December 28, 2009

Hidup Melayu !

Isu Ketuanan Melayu.. yang panas dan sentiasa dipanaskan oleh pelbagai pihak,gelombangnya berdendang dengan pelbagai rentak lagu dan irama yang terkadang tidak pun diketahui punca ceritanya.Namun yang penting apabila terbit cerita mengenai Melayu..apa saja mengenai Melayu..pastinya akan mendapat perhatian yang luar biasa daripada pelbagai pihak...tidak cukup daripada pihak pembangkang seperti DAP,PKR,picisan gerombolan daripada PAS yang juga terdiri daripada orang Melayu juga tidak mahu melepaskan peluang untuk turut sama dalam gelanggang untuk berkongsi idea dan memainkan pelbagai elemen penceritaan agar isu Melayu itu sendiri dapat di interpretasi dalam pelbagai versi,kononnya terdapat ketidakadilan dalam pelbagai sudut yang sudah pasti sumber utamanya ada didalam setiap buku Sejarah yang juga menceritakan tentang asal usul keturunan Melayu itu sendiri...
Terdetik di sudut naluriku..Setidak-tidaknya apabila isu tentang Melayu muncul,pasti buku di perpustakaan akan penuh dengan nama si peminjam yang bersusun-susun dan penuh dengan cop dan tarikh dan tidak lagi dililiti oleh sarang si labah-labah,laman sesawang kerajaan yang dahulunya sunyi sepi daripada dilawati akan dilayari dengan rancaknya dan bilangan yang melawati halaman sesawang ini pastinya meningkat dengan begitu menggunung kerana masing-masing cuba untuk lebih memahami tentang piramid utama yang membentuk isu ini dan yang bagusnya apabila isu ini muncul buku tulisan orang Melayu pastinya akan laris terjual di pasaran kerana pihak yang mengutuk atau kena kutuk masing-masing akan cuba untuk menyelongkar dan ambil tahu tentang perkara tersebut dan mudah-mudahan diharap kedua-dua pihak akan lebih memahami dengan lebih terang lagi mendalam tentang Sejarah Ketuanan Melayu itu sendiri....insyallah..

Friday, November 13, 2009

PAS AMAL BAI'AH SETIA LAKNAT,BUKAN TALAK TIGA.

KUALA LUMPUR: Pas mengakui hanya mengamalkan baiah sumpah setia laknat bukannya amalan baiah talak tiga seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Beliau berkata amalan yang dilakukan sejak sekian lama itu adalah bertepatan dengan dasar Pas yang memperjuangkan Islam di samping menunjukkan yang mereka sedia dilaknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam. "Pas ada cara sendiri, kita guna tradisi dalam Islam. Baiah kita adalah ikrar setia dalam perjuangan. Pas buat benda ni sebelum pilihan raya lagi, sewaktu kita dipilih sebagai calon.
"Walaupun kita (Jawatankuasa Pas Pusat) tak setuju apa yang dilakukan oleh Khalid, tetapi kita hormati pendirian beliau. "Mungkin itu pilihan dia untuk tunjukkan kesetiaan kepada parti," katanya pada sidang media berhubung isu baiah di ibu pejabat Pas di sini, hari ini. Khalid baru-baru ini mendedahkan mengenai wujudnya amalan baiah dalam kalangan calon wakil rakyat parti itu yang dikehendaki melafazkan akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti.
Mustafa berkata baiah ahli Pas menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, sebaliknya "sumpah setia laknat" bagi mengelak daripada berlakunya lompat parti. Katanya hanya terdapat dua anggota parti itu dari Selangor menggunakan lafaz baiah yang berbeza daripada amalan baiah biasa, dan seorang daripadanya adalah Khalid sendiri. Menurut Mustafa, pimpinan tertinggi Pas berpendapat, baiah yang dilafazkan oleh Khalid tidak sepatutnya berlaku kerana ikrar seperti itu seperti merendah-rendahkan martabat kaum wanita. Berikutan tindakannya itu, Mustafa berkata, Khalid telah diberikan peringatan lisan oleh parti.
Khalid dalam pendedahannya sebelum ini mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam baiahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti. Mustafa berkata, lafaz baiah Khalid dan seorang lagi anggota Pas di Selangor itu juga berbeza antara satu sama lain. Mustafa bagaimanapun enggan menyatakan nama seorang lagi pemimpin yang dimaksudkan. "Kita anggap ini hanyalah kes terpencil. Tak perlulah didedahkan nama individu itu, sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN). Pas harap isu ini tidak diperbesarkan," katanya. - Bernama


Seandainya perkara kawin cerai dicampuradukkan dalam perjuangan sesebuah parti,apakah maknanya sebuah perkahwinan itu sendiri.Mungkin pada pendapat golongan tertentu,perkara tersebut dapat mengelakkan daripada kemungkinan berlakunya ketidaksetiaan dalam parti.Tetapi mengapa pula perkahwinan yang pastinya berlandaskan naluri peribadi menjadi taruhan ?

Sunday, October 11, 2009

BN Menang Besar!

Kemenangan besar yang diperolehi oleh calon BN,Tan Sri Isa Samad dengan jumlah undian sebanyak 8013 berbanding dengan calon PAS Zulkefly Mohammad Omar yang hanya memperolehi undian sebanyak 2578 dengan perbezaan majoriti sebanyak 5435 telah membuktikan bahawa calon yang dipilih oleh BN adalah calon yang benar-benar diingini oleh rakyat di Dun Bagan Pinang.Walau apa pun persepsi serta provokasi yang telah ditimbulkan oleh pihak PAS semasa proses berkempen namun semuanya tidak berkesan dan langsung tidak dapat mempengaruhi fikiran serta pegangan rakyat setempat.Tahniah kepada Tan Sri Isa Samad atas kemenangan beliau serta syabas diucapkan kepada semua barisan jentera BN yang telah bertungkus lumus untuk membantu BN mencapai kemenangan besar tersebut.TAHNIAH!!

Wednesday, September 30, 2009

Tan Sri Isa Samad Calon N31

Keputusan untuk meletakkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon di dun Bagan Lalang telah disambut dengan baik serta penuh hormat oleh semua ahli BN.Mungkin pucuk pimpinan telah pun membuat timbang tara yang teliti dari setiap segi dan sudut sebelum mengumumkan siapakan calun yang bakal mewakili BN di Bagan Lalang.Namun tidak perlu disangkal lagi bahawa calun yang diingini oleh peringkat akar umbi adalah Tan Isa Samad dan rakyat telah memilih beliau untuk mewakili serta memimpin mereka untuk pemilihan kali ini.Keputusan ini telah disuarakan oleh rakyat dan untuk memastikan 'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan' BN haruslah berpadu tenaga dan bekerja dengan sepenuh bersemangat untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN dan seterusnya terus memastikan pencapaian dan prestasi senantiasa diutamakan apabila telah berjaya kelak.

Monday, September 28, 2009

Berhari Raya di Bagan Pinang

Sekarang kita masih lagi dalam 'mood' berhari raya,tetapi belum puas menyambut kedatangan Syawal kena pulak pakat-pakat bersedia untuk PRK di Bagan Pinang.Semua pakat dok 'suspen' siapa agaknya calun yang sesuai dan tepat untuk diletakkan di sana.Namun ura-ura yang menyatakan bahawa Tan Sri Isa Samad bakal menjadi calun di Bagan Pinang telah mewujudkan 1000 macam spekulasi serta menimbulkan suasana yang pelbagai.Sebilangan ahli UMNO ada yang menyokong penuh cadangan tersebut,namun tidak sedikit juga yang menolaknya.Malah Tun Dr Mahathir juga tidak bersetuju jika Tan Sri Isa Samad diletakkan di Bagan Pinang.

Ramai dikalangan ahli UMNO khasnya sedar bahawa di Bagan Pinang inilah bakal menjadi batu pengukur akan kekuatan BN,jika PRK kali ini BN sekali lagi tumpas,maka musnahlah segala impian serta harapan untuk memperolehi kembali sokongan serta peluang untuk kembali membersihkan imej BN yang sedikit demi sedikit kian terhakis dek kerana percaturan serta pemilihan calon yang salah dan juga bermasalah.

Friday, September 11, 2009

Salam Aidilfitri untuk Semua





Sedar tak sedar sudah hampir 22 hari kita berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini,hati terasa amat sayu apabila mengenangkan waktu bakal kian menjauh dan akan meninggalkan bulan ramadhan yang mulia ini dalam liputan kenangan..Namun sedikit sebanyak aku merasai kerahmatan ramadhan kali ini yang dipenuhi dengan pelbagai nikmat serta dugaan yang berupaya membuatkan aku yang bernama manusia untuk terus merasai pelbagai rencah serta asam garam kehidupan untuk mendapat kekuatan iman dan terus beramal dengan penuh ketakwaan.

Salam penuh kemaafan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua.

Saturday, September 5, 2009

Negeri Selangor Akhirnya Celik Akal.

Kerajaan Negeri Selangor akhirnya telah diberi hidayah dan akhirnya akur dengan desakan supaya memindahkan lokasi pembinaan kuil di Seksyen 23 ke tempat lain.Setelah berbakul makian serta desakan yang telah dilemparkan kepada barisan pimpinan Negeri Selangor akhirnya barulah mereka sedar bahawa perancangan yang telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak betul dan tidak sesuai.Seharusnya pihak Kerajaan Negeri membuat penilaian yang sewajarnya dengan mengambilkira tentang kesesuaian rumah ibadat sesuatu kaum atau bangsa didirikan di sesuatu kawasan.Janganlah membuat keputusan 'hantam kromo' saja atau sekadar lepas tangan tanpa mempedulikan suara serta tindakbalas daripada penduduk setempat.

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka


Salam Kemerdekaan untuk semua.Selamat merayakan ulangtahun kemerdekaan Negara yang ke-52 tahun.Teruskan perjuangan demi Agama,Bangsa dan Negara.Semoga Gagasan 1 Malaysia mampu mengembalikan kesejahteraan Negara serta dapat mengimbangi keseluruhan budaya dan cara hidup masyarakat dalam satu agenda perpaduan serta semangat yang sama.