Monday, July 9, 2012

Pembangkang Penuh Dengan Nilai2 Buruk memang Wajib ditolak!!!



Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat baru-baru ini supaya menolak pembangkang pada pilihan raya umum yang semakin hampir adalah tepat pada waktunya.

Demi masa depan pengundi, anak-anak mereka dan generasi akan datang, rakyat perlu mengguburkan pembangkang di peti undi atas tiga faktor penting yang berkait dengan nilai buruk yang akan merosakkan negara .

Faktor pertama, kata Perdana Menteri, pembangkang tidak menepati janji yang mereka buat semasa berkempen setiap kali datangnya pilihan raya.
Kelantan sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS yang mendabik dada kononnya parti itulah pejuang Islam paling hebat di negara ini.
Namun pemerintahan dua dekad telah membuka mata rakyat mengenai kegagalan serius PAS menjaga kebajikan rakyat yang menjadi asas kepada pentadbiran berlandaskan Islam.
Sehingga kini PAS gagal menyelesaikan masalah kemiskinan rakyatnya menyebabkan negeri itu ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.
Rakyat Kelantan juga masih ternanti-nanti bilakah PAS akan menunaikan janjinya yang dibuat lebih 20 tahun lalu untuk menyediakan bekalan air minum yang bersih.

Kalau 20 tahun masih tidak mampu untuk menyelesaikan perkara asas kebajikan rakyat, apa lagi yang boleh diharapkan dari parti yang menjadikan ceramah politik sebagai aktiviti utamanya.
Begitu juga PKR yang hebat menabur janji semasa PRU-12 di Selangor sehingga berjaya memperdayakan rakyat.
Pembangkang memberi 20 meter padu aip percuma kepada rakyat tetapi secara senyap-senyap tindakan itu telah menambah beban hutang kerajaan negeri kepada lebih RM200 juta.

Setiap kali kerajaan negeri pembangkang kekurangan dana, aset dan harta negeri akan dijual.

Janji yang mereka buat masih tinggal janji; janji mengurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan cukai premis sebanyak 10 peratus masih tidak tertunai.

PKR berbohong apabila berjanji untuk membuka tabung permulaan RM bagi setiap anak kelahiran Selangor.

Begitu juga bantuan RM75 bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri tinggal janji manis di mulut sahaja.
Janji kosong PKR juga termasuk bantuan RM50 sebulan bagi pendidikan pra-sekolah serta elaun kepada golongan ibu tunggal di Selangor.
PKR juga menipu rakyat dengan menjanjikan caruman takaful berjumlah RM2,500 kepada golongan warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).
Kononnya PKR mahu membawa 'Harapan Baru' kepada Selangor tetapi sehingga kini tidak satu pun janji-janji tersebut berjaya ditunaikan.

Nilai buruk kedua, menurut Perdana Menteri ialah pembangkang mengajar supaya budi baik yang dilakukan tidak perlu dikenang atau dihargai.
Sememang itulah sikap dan perangai pembangkang sejak dahulu lagi; tidak pernah mahu melihat kebaikan pihak kerajaan kerana hati mereka penuh dengan dendam kesumat dan nafsu untuk mendapatkan kuasa.
Mereka sengaja memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut untuk memberitahu kepada rakyat kemajuan sebenar yang telah di bawa oleh BN tetapi memilih jalan untuk meneruskan budaya fitnah, maki hamun dan mencaci pemimpin negara.
Malah pembangkang tidak mempunyai sifat patriotik apabila sering kali mereka memburuk-buruk imej negara di dunia luar.
Lebih dahsyat, kata Perdana Menteri lagi, Ketua Pembangkang menghasut rakyat supaya jika berhutang, ianya tidak perlu bayar balik.
Anwar menghasut supaya golongan pelajar institusi pengajian tinggi tidak membayar balik pinjaman PTPTN kerana Pakatan Rakyat berjanji mahu menghapuskannya jika berkuasa di Putrajaya.

Jika di Selangor, Anwar berbohong, tidak syak lagi pemansuhan PTPTN adalah satu lagi auta besar beliau.
Poorahhhhh!!!

Monday, July 2, 2012

Pembangkang 'seriau' dengan 'Janji Ditepati' oleh PM sebab depa hanya "pandai janji tak reti tepati" betoi ka??




Nampaknya, semakin dekat pilihanraya semakin banyak perkara yang membuatkan pembangkang gelisah.   Bukan sahaja mereka gelisah kerana tidak dapat menutup skandal-skandal mereka, tetapi perkara remeh dan kecil seperti iklan ‘janji ditepati’ juga mampu membuatkan mereka tidak senang duduk.  

Begitu hebatnya penangan iklan yang bersifat sederhana itu sehinggakan laman web mereka, iaitu Suara Pakatan Rakyat terpaksa memberi peringatan mengenainya kepada para pemimpin pembangkang.

Kita faham pembangkang menjadi gelisah bukan sahaja kerana iklan tersebut dapat mengingatkan rakyat tentang jasa-jasa Barisan Nasional selama ini, tetapi di masa yang sama, ia menyedarkan rakyat bahawa janji-janji pembangkang masih lagi belum ditepati walaupun telah hampir sepenggal mereka memerintah di beberapa negeri.

Seperti yang diakui sendiri oleh laman Suara PR, walaupun Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi BN dari segi penggunaan media untuk mempengaruhi rakyat, tetapi kalaupun mereka mempunyai kemampuan yang sama, PR tetap tidak punya apa-apa rekod untuk digembar-gemburkan sebagai jasa mereka.  

Oleh itu, sekiranya PR diberikan slot atau ruang untuk membuat iklan sendiri di TV, kita percaya, apa yang mampu mereka lakukan hanyalah menabur lagi janji-janji baru dan bukannya menyatakan janji apa yang telah dikotakan.

Bukan rakyat tidak tahu bahawa kalau adapun sedikit ‘jasa’ atau janji yang ditepati mereka, seperti air percuma di Selangor, ianya tidak menyeluruh dan tidak memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat, sepertimana yang diakui oleh laman pro mereka tersebut.

Mungkin penyokong tegar pembangkang akan memandang sinis iklan tersebut dan menganggapnya sebagai bahan kempen pilihanraya.  Tetapi, apa yang penting di sini ialah apa yang dipapark oleh iklan tersebut adalah fakta dan bukan angan-angan atau pembohongan.  Antaranya pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100, Klinik 1Malaysia dan lain-lain yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa walaupun penyokong-penyokong tegar pembangkang itu sendiri.

Malah, mereka sendiri adalah merupakan penerima semua pemberian ini walaupun saban hari mereka mencaci BN dan menganggapnya sebagai haram atau rasuah.

Lebih teruk lagi ialah pemimpin pembangkang sendiri ‘merestui’ hatta ‘menggalakkan’ penyokong mereka mengambil semua bantuan yang diberikan BN ini tetapi di masa yang sama mengharapkan para penyokong tersebut menentang BN.

Sedangkan bukan semua manusia itu berfungsi dengan mengikut emosi dan mudah termakan hasutan.  Ramai lagi rakyat di Malaysia ini yang berfungsi mengikut akal, mampu menilai fakta, dan tahu menghargai nikmat di depan mata.  Bukan semua rakyat Malaysia kurang ajar seperti para peserta BERSIH, masih ramai lagi yang tahu berterima kasih.  Maka, tidak mungkin mereka yang rasional ini dapat menafikan yang BN telah berjasa kepada mereka sedangkan sudah nyata mereka mendapat manfaat dari bantuan yang diberikan.

Oleh itu, walaupun iklan janji ditepati dianggap remeh dan sederhana sahaja pembikinannya, namun apabila ia berasaskan kebenaran, ia mampu memberi impak yang mendalam.  Ini kerana manusia tidak mungkin dapat menafikan emosi insaf, sedih, syukur dan mungkin juga simpati yang dibawa dalam mesej ‘janji ditepati’.

Justeru, pembangkang boleh menuduh BN mempergunakan media untuk kepentingan politik dengan berkempen secara meluas melalui iklan tetapi apa yang penting bagi rakyat ialah apa yang disampaikan tersebut adalah kebenaran yang perlu diterima dan tidak boleh disangkal lagi.

Jika pembangkang tidak ingin terus merasa gelisah dengan iklan tersebut, apa yang harus dilakukan bukanlah mengkritiknya tetapi cuba menyainginya dengan cuba menepati janji-janji yang telah ditabur mereka.  Soalnya, bolehkah mereka melakukannya?  Sama-sama la kita tunggu...hahahaha !!!