
Sekarang kita masih lagi dalam 'mood' berhari raya,tetapi belum puas menyambut kedatangan Syawal kena pulak pakat-pakat bersedia untuk PRK di Bagan Pinang.Semua pakat dok 'suspen' siapa agaknya calun yang sesuai dan tepat untuk diletakkan di sana.Namun ura-ura yang menyatakan bahawa Tan Sri Isa Samad bakal menjadi calun di Bagan Pinang telah mewujudkan 1000 macam spekulasi serta menimbulkan suasana yang pelbagai.Sebilangan ahli UMNO ada yang menyokong penuh cadangan tersebut,namun tidak sedikit juga yang menolaknya.Malah Tun Dr Mahathir juga tidak bersetuju jika Tan Sri Isa Samad diletakkan di Bagan Pinang.
Ramai dikalangan ahli UMNO khasnya sedar bahawa di Bagan Pinang inilah bakal menjadi batu pengukur akan kekuatan BN,jika PRK kali ini BN sekali lagi tumpas,maka musnahlah segala impian serta harapan untuk memperolehi kembali sokongan serta peluang untuk kembali membersihkan imej BN yang sedikit demi sedikit kian terhakis dek kerana percaturan serta pemilihan calon yang salah dan juga bermasalah.