Tunggu Sekejap Wahai Kasih...Tunggulah sampai hujan teduh, mariku dendang dalam pelukan asmaraku......Apabila membaca lirik lagu tersebut pasti dalam ingatanku akan terpapar lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee....namun untuk memastikan lirik lagu ini diingat, berapa lamakan masa yang harus diambil serta berapa banyakkan penantian serta pengorbanan yang harus beliau tempuhi untuk memastikan generasi sekarang mengingati lirik serta filem tersebut ? Berapa banyak penderitaan serta kegagalan yang harus ditempuh agar lagu tersebut dapat berkumandang hingga zaman sekarang ? dan berapa banyak kegagalan yang harus di tempuhi untuk memastikan kejayaan terus menyerlah dan bersinar...
Itulah sifat orang dulu, sentiasa bersifat sabar dalam banyak hal....sabar dalam penantian, sabar dalam kehidupan, sabar dalam perlakuan, sabar dalam percakapan, sabar dalam menghadapi pelbagai dugaan.....
Adalah kesabaran tersebut masih wujud pada zaman kini ?? Dengan perubahan masa yang kian laju dan pantas...menyebabkan ramai yang tidak lagi suka untuk menunggu, dan makin lama sifat sabar kian terhakis di telan kerakusan masa...
Siapa yang suka menunggu ?? Pasti akan ada pertanyaan seperti sampai bila nak tunggu ?? Mengapa penantian terlalu menyiksakan kini ? Adalah penantian tersebut berbaloi ??
Aku pun salah seorang insan zaman kini yang makin nipis sifat sabar....makin hilang sifat penantian, telah kurang sifat tunggu sebentar....adalah bermakna aku makin berubah, atau dunia yang telah merubah aku....adakah aku seorang yang sabar menanti ? Entahlah... Aku pun tak pasti...
No comments:
Post a Comment