Salam Perjuangan kepada rakan seperjuangan yang sudah lama tidak bertemu...Hampir setahun lebih aku tidak melakarkan coretan terjemahan hati dan minda dalam ruangan ciptaanku ini, selama itulah aku sibuk berhadapan dengan dunia realiti yang semakin canggih dengan kebenaran yg tenggelam serta kepalsuan yg menambahkan bebanan fikiran. Semakin lama aku menyelami erti kebenaran semakin banyak kepalsuan yg membisik di fikiran. Apakah ini semua lumrah alam, atau semakin lama bangsaku terhakis dek kerana arus zaman...
Apakah 'Kemelayuanku' punya tafsiran ? Atau tafsiran tersebut hanyalah bergantung kepada lidah2 manusia pemutar alam ? Makin lama makin bangsaku di kafirkan oleh perubahan arus zaman yang kejam....
Apakah beza Melayu 5 tahun dulu dengan Melayu zaman sekarang ? Apakah Melayu dahulu dikatakan ketinggalan zaman, atau Melayu sekarang yang menjangkaui zaman ?
Semakin lama semakin bangsaku berani menyerlahkan keaiban diri...adakah itu tandanya Melayu semakin berani ? Berani menunjukkan perubahan ataupun berani mengubah nilai keislaman dalam diri ?
Aku tidak mengukur keislaman seorang Melayu melalui pakej secara luaran, namun aku sedih dengan kata2 bangga songsang yg dilahirkan daripada hati yg tidak mengerti...Apakah Melayu hanya boleh dilihat pada IC ? Atau Kemelayuan bangsaku kian layu ditelan waktu ? Atau Melayu menunggu kewujudannya semakin pupus utk ditentukan harga tentang suatu perjuangan yang makin layu.....
No comments:
Post a Comment