Mutakhir ini banyak peristiwa yang berlaku dan sering juga dikaitkan dengan isu kesepakatan dalam PR..tidak syak lagi Pakatan Rakyat sudah mulai menampakkan kelemahan dalam corak kepimpinan mereka,justeru ramai barisan kepimpinan yang mempunyai masalah dalamam sesama mereka dan tidak kurang juga yang beransur-ansur meninggalkan PR yang dalam keadaan tidak langsung berpakat tentang pelbagai perkara.
Komen DSAI tentang masalah dalaman PR ? Begitu mudah dia berkata bahawa apa yang terjadi adalah kerana kesilapan memilih pemimpin yang kurang tepat dan tidak berkaliber,tidakkah kenyataan itu bakal melukakan hati barisan kepimpinan yang telah dipilih dan mungkin bakal menimbulkan barah kesedihan yang kian menular dalam PR sehingga pada satu masa ianya tidak dapat dibendung lagi...maka pendarahan dalaman akan berlaku,sedikit demi sedikit memecahkan cantuman urat saraf dan hubungan kerakyatan diantara pihak yang tidak bersepakat tidak akan seperti sediada lagi...
Tahniah..sekali lagi DSAI telah berjaya untuk 'menyelesaikan' pandangan rakyat tentang kekusutan yang melanda kepimpinan PR yang memang tidak tahu apa yang mereka pimpin dan bagaimana untuk memimpin sedangkan sesama mereka tidak langsung ada sifat kemuafakatan seperti yang di war-warkan...Malahan sesama mereka masing-masing saling sakat menyakat dan langsung tidak menguntungkan rakyat...rakyat mungkin berpakat memilih PR untuk membela nasib mereka, namun tidak bagi kepimpinan PR yang kurang berpakat dan juga berpikiran singkat...