Friday, February 19, 2010

Pakatan Rakyat Sudah Tidak Sepakat.

Mutakhir ini banyak peristiwa yang berlaku dan sering juga dikaitkan dengan isu kesepakatan dalam PR..tidak syak lagi Pakatan Rakyat sudah mulai menampakkan kelemahan dalam corak kepimpinan mereka,justeru ramai barisan kepimpinan yang mempunyai masalah dalamam sesama mereka dan tidak kurang juga yang beransur-ansur meninggalkan PR yang dalam keadaan tidak langsung berpakat tentang pelbagai perkara.
Komen DSAI tentang masalah dalaman PR ? Begitu mudah dia berkata bahawa apa yang terjadi adalah kerana kesilapan memilih pemimpin yang kurang tepat dan tidak berkaliber,tidakkah kenyataan itu bakal melukakan hati barisan kepimpinan yang telah dipilih dan mungkin bakal menimbulkan barah kesedihan yang kian menular dalam PR sehingga pada satu masa ianya tidak dapat dibendung lagi...maka pendarahan dalaman akan berlaku,sedikit demi sedikit memecahkan cantuman urat saraf dan hubungan kerakyatan diantara pihak yang tidak bersepakat tidak akan seperti sediada lagi...
Tahniah..sekali lagi DSAI telah berjaya untuk 'menyelesaikan' pandangan rakyat tentang kekusutan yang melanda kepimpinan PR yang memang tidak tahu apa yang mereka pimpin dan bagaimana untuk memimpin sedangkan sesama mereka tidak langsung ada sifat kemuafakatan seperti yang di war-warkan...Malahan sesama mereka masing-masing saling sakat menyakat dan langsung tidak menguntungkan rakyat...rakyat mungkin berpakat memilih PR untuk membela nasib mereka, namun tidak bagi kepimpinan PR yang kurang berpakat dan juga berpikiran singkat...

3 comments:

  1. Harap harap penyakit Pakatan jangan berjangkit kedalam umno,cukuplah dengan apa yang telah terjadi pada PRU 12.UMNO wajib belajar dari kesilapan yang lepas tapi malang sekali dalam Bahagian Merbok tiada apa apa perubahan yang dikesan telah berlaku.Yang ketara perpechahan terus berlaku didalam Jawatankuasa Wanita, Pu3 ,Pemuda da Bahagian.

    Nampaknya Diktator sedang mencengkam dengan lebih kuat lagi,'May ALLAH bless UMNO Merbok'

    ReplyDelete
  2. UMNO Merbok akan lingkob kerana ketua bahagian yang tidak prihatin pada ahli.Semakin hari semakin semakin teruk. Cuba lah puteri guna kemanjaan,kejelitaan,keayuan,bibir merah itu menegur ketua bahagian supaya berubah sebelum Merbok menjadi bangkai yang bernyawa atau ikan yang medak.

    ReplyDelete
  3. Ramai AJK wanita dah resign, pemuda tak ada apa aktiviti....malas dan tandus.
    Puteri sedang dibeli Dtk Tajol. AJK Bahagian bawa diri masing-masing...UMNO Merbok macam nyawa ikan.
    Projek-projek dok bedak kat depa saja. Li Jerung dah hentam Tajul. Apa nak jadi?

    ReplyDelete