"Walaupun kita (Jawatankuasa Pas Pusat) tak setuju apa yang dilakukan oleh Khalid, tetapi kita hormati pendirian beliau. "Mungkin itu pilihan dia untuk tunjukkan kesetiaan kepada parti," katanya pada sidang media berhubung isu baiah di ibu pejabat Pas di sini, hari ini. Khalid baru-baru ini mendedahkan mengenai wujudnya amalan baiah dalam kalangan calon wakil rakyat parti itu yang dikehendaki melafazkan akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti.
Mustafa berkata baiah ahli Pas menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, sebaliknya "sumpah setia laknat" bagi mengelak daripada berlakunya lompat parti. Katanya hanya terdapat dua anggota parti itu dari Selangor menggunakan lafaz baiah yang berbeza daripada amalan baiah biasa, dan seorang daripadanya adalah Khalid sendiri. Menurut Mustafa, pimpinan tertinggi Pas berpendapat, baiah yang dilafazkan oleh Khalid tidak sepatutnya berlaku kerana ikrar seperti itu seperti merendah-rendahkan martabat kaum wanita. Berikutan tindakannya itu, Mustafa berkata, Khalid telah diberikan peringatan lisan oleh parti.
Khalid dalam pendedahannya sebelum ini mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam baiahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti. Mustafa berkata, lafaz baiah Khalid dan seorang lagi anggota Pas di Selangor itu juga berbeza antara satu sama lain. Mustafa bagaimanapun enggan menyatakan nama seorang lagi pemimpin yang dimaksudkan. "Kita anggap ini hanyalah kes terpencil. Tak perlulah didedahkan nama individu itu, sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN). Pas harap isu ini tidak diperbesarkan," katanya. - Bernama
Seandainya perkara kawin cerai dicampuradukkan dalam perjuangan sesebuah parti,apakah maknanya sebuah perkahwinan itu sendiri.Mungkin pada pendapat golongan tertentu,perkara tersebut dapat mengelakkan daripada kemungkinan berlakunya ketidaksetiaan dalam parti.Tetapi mengapa pula perkahwinan yang pastinya berlandaskan naluri peribadi menjadi taruhan ?
No comments:
Post a Comment