Monday, September 28, 2009

Berhari Raya di Bagan Pinang

Sekarang kita masih lagi dalam 'mood' berhari raya,tetapi belum puas menyambut kedatangan Syawal kena pulak pakat-pakat bersedia untuk PRK di Bagan Pinang.Semua pakat dok 'suspen' siapa agaknya calun yang sesuai dan tepat untuk diletakkan di sana.Namun ura-ura yang menyatakan bahawa Tan Sri Isa Samad bakal menjadi calun di Bagan Pinang telah mewujudkan 1000 macam spekulasi serta menimbulkan suasana yang pelbagai.Sebilangan ahli UMNO ada yang menyokong penuh cadangan tersebut,namun tidak sedikit juga yang menolaknya.Malah Tun Dr Mahathir juga tidak bersetuju jika Tan Sri Isa Samad diletakkan di Bagan Pinang.

Ramai dikalangan ahli UMNO khasnya sedar bahawa di Bagan Pinang inilah bakal menjadi batu pengukur akan kekuatan BN,jika PRK kali ini BN sekali lagi tumpas,maka musnahlah segala impian serta harapan untuk memperolehi kembali sokongan serta peluang untuk kembali membersihkan imej BN yang sedikit demi sedikit kian terhakis dek kerana percaturan serta pemilihan calon yang salah dan juga bermasalah.

2 comments:

  1. T S Isa merupakan rakan karib saya,apabila dia digantung dari semua jawatan kerana kesalahan rasuah politik saya dan dua tiga kerat di Sungai Petani tidak pernah tinggal beliau.

    Setiap kali TS Isa datang ke Kedah beliau akan menghubungi kami untuk keluar minum dan bermain golf dicinta sayang atau Harvad.Begitulah keakraban persahabatan kami,kami tidak pernah meninggal beliau walaupun beliau tidak menjawat apa apa jawatan dalam Kerajaan dan Parti.

    Sebagai seorang kawan T S Isa cukup setia pada kawan kawan .Sikapnya yang sentiasa down to earth cukup menyenangkan rakyat dan masyarakat Teluk Kemang.

    Sebagai seorang kawan saya rasa perkara yang baik bagi dirinya ialah menolak pencalonan yang dicadang oleh UMNO Bahagian Teluk Kemang.Saya berpendapat masanya sudah sampai untuk T S Isa memberi ruang kepada anak anak muda untuk berkhidmat kepada masyarakat dan dengan T S Isa menjadi pembimbing bakat bakat baru ini.

    Seperti kata Ybhg Tun Dr Mahathir T S Isa akan menang diBagan Pinang untuk PRK ini tetapi bila datang PRU 13 nanti UMNO akan tewas sebab UMNO dilihat tidak serius untuk berubah serta mengikis wajah buruk sebagai sebuah parti yang dianggotai oleh ramai pemimpin yang KORUP.

    'YOU MAY WIN THIS BATTLE BUT YOU ARE GOING TO LOOSE THE NEXT BATTLE '

    UMNO MUST WIN BOTH THE BATTLE AND THE WAR !

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan pendapat 1 Malay,berikan laluan kepada muka baru yang tak kurang banyaknya dalam barisan UMNO.Ramai dikalangan mereka mempunyai kreadibiliti serta prestasi yang boleh dibanggakan.Tapi jangan la sampai calon yg terlalu bangga diri hingga mencemarkan nama parti..

    ReplyDelete