Saturday, September 14, 2013

"Borang Keluar Hari Sabtu, Maka Ukurlah Baju"

"Borang keluar Sabtu, maka ukurlah baju..." (Utusan)

Pada hari SABTU, 14 September bermulalah persaingan untuk mengisi jawatan-jawatan dalam UMNO apabila borang pendaftaran calon diedarkan.

Setiap satu borang ada empat salinan yang perlu diisi. Dengan format baharu ini, tawaran untuk bertanding terbentang luas depan mata.

Seseorang hanya perlu melepasi kelayakan minimum sekurang-kurangnya menjadi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian dalam sepenggal atau tiga tahun sahaja untuk bertanding apa sahaja jawatan, hatta Presiden sekalipun.

Tiada lagi kuota tertentu untuk dilepasi macam dulu, seperti Presiden (30 peratus), Timbalan Presiden 25 peratus, Naib Presiden 20 peratus manakala Ahli MT (10 peratus). Atau sebelum UMNO diharamkan pada 1988, yang mengkehendaki sesiapa yang bertanding memerlukan dua pencalonan daripada bahagian.

Kali ini, kelayakan itu dipermudahkan untuk memberi ruang kepada lebih ramai ahli UMNO di peringkat bawah hak memilih pemimpin. Ia sebahagian daripada transformasi politik Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperkenalkannya.

"Dalam borang itu, ada jawatan-jawatan yang perlu diisi untuk ditandingi...apa sahaja jawatan, cuma perlu isi satu sahaja.

"Tempoh serah borang ialah pada 21 September, untuk jawatan MT termasuk Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden perlu dihantar ke ibu pejabat oleh calon atau wakil calon dengan disahkan menerusi sepucuk surat ditandatangani calon.

"Borang untuk jawatan peringkat bahagian pula boleh dihantar ke pejabat perhubungan UMNO negeri," kata Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh kepada penulis semalam.

Pemilihan UMNO kali ini penting untuk memastikan parti terus berdiri tegap berkhidmat kepada rakyat sebelum mendepani Pilihan Raya Umum ke-14.

Ada pihak berkata, kalau benar UMNO mahu perubahan, sekurang-kurangnya separuh daripada ahli MT perlu ditukar. Benarkah? Itu terserah kepada 146,500 perwakilan UMNO di seluruh negara.

Lusa ini, sebelum menanda jawatan yang ingin ditandingi, fikirkanlah jawatan yang sesuai. Anda ada seminggu untuk berbuat demikian sebelum satu jawatankuasa penilaian membuat saringan ketat termasuk bebas dari bankrupsi, untuk persaingan muktamad pada Oktober.


Ukurlah baju di badan sendiri.

Monday, July 9, 2012

Pembangkang Penuh Dengan Nilai2 Buruk memang Wajib ditolak!!!



Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat baru-baru ini supaya menolak pembangkang pada pilihan raya umum yang semakin hampir adalah tepat pada waktunya.

Demi masa depan pengundi, anak-anak mereka dan generasi akan datang, rakyat perlu mengguburkan pembangkang di peti undi atas tiga faktor penting yang berkait dengan nilai buruk yang akan merosakkan negara .

Faktor pertama, kata Perdana Menteri, pembangkang tidak menepati janji yang mereka buat semasa berkempen setiap kali datangnya pilihan raya.
Kelantan sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS yang mendabik dada kononnya parti itulah pejuang Islam paling hebat di negara ini.
Namun pemerintahan dua dekad telah membuka mata rakyat mengenai kegagalan serius PAS menjaga kebajikan rakyat yang menjadi asas kepada pentadbiran berlandaskan Islam.
Sehingga kini PAS gagal menyelesaikan masalah kemiskinan rakyatnya menyebabkan negeri itu ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.
Rakyat Kelantan juga masih ternanti-nanti bilakah PAS akan menunaikan janjinya yang dibuat lebih 20 tahun lalu untuk menyediakan bekalan air minum yang bersih.

Kalau 20 tahun masih tidak mampu untuk menyelesaikan perkara asas kebajikan rakyat, apa lagi yang boleh diharapkan dari parti yang menjadikan ceramah politik sebagai aktiviti utamanya.
Begitu juga PKR yang hebat menabur janji semasa PRU-12 di Selangor sehingga berjaya memperdayakan rakyat.
Pembangkang memberi 20 meter padu aip percuma kepada rakyat tetapi secara senyap-senyap tindakan itu telah menambah beban hutang kerajaan negeri kepada lebih RM200 juta.

Setiap kali kerajaan negeri pembangkang kekurangan dana, aset dan harta negeri akan dijual.

Janji yang mereka buat masih tinggal janji; janji mengurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan cukai premis sebanyak 10 peratus masih tidak tertunai.

PKR berbohong apabila berjanji untuk membuka tabung permulaan RM bagi setiap anak kelahiran Selangor.

Begitu juga bantuan RM75 bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri tinggal janji manis di mulut sahaja.
Janji kosong PKR juga termasuk bantuan RM50 sebulan bagi pendidikan pra-sekolah serta elaun kepada golongan ibu tunggal di Selangor.
PKR juga menipu rakyat dengan menjanjikan caruman takaful berjumlah RM2,500 kepada golongan warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).
Kononnya PKR mahu membawa 'Harapan Baru' kepada Selangor tetapi sehingga kini tidak satu pun janji-janji tersebut berjaya ditunaikan.

Nilai buruk kedua, menurut Perdana Menteri ialah pembangkang mengajar supaya budi baik yang dilakukan tidak perlu dikenang atau dihargai.
Sememang itulah sikap dan perangai pembangkang sejak dahulu lagi; tidak pernah mahu melihat kebaikan pihak kerajaan kerana hati mereka penuh dengan dendam kesumat dan nafsu untuk mendapatkan kuasa.
Mereka sengaja memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut untuk memberitahu kepada rakyat kemajuan sebenar yang telah di bawa oleh BN tetapi memilih jalan untuk meneruskan budaya fitnah, maki hamun dan mencaci pemimpin negara.
Malah pembangkang tidak mempunyai sifat patriotik apabila sering kali mereka memburuk-buruk imej negara di dunia luar.
Lebih dahsyat, kata Perdana Menteri lagi, Ketua Pembangkang menghasut rakyat supaya jika berhutang, ianya tidak perlu bayar balik.
Anwar menghasut supaya golongan pelajar institusi pengajian tinggi tidak membayar balik pinjaman PTPTN kerana Pakatan Rakyat berjanji mahu menghapuskannya jika berkuasa di Putrajaya.

Jika di Selangor, Anwar berbohong, tidak syak lagi pemansuhan PTPTN adalah satu lagi auta besar beliau.
Poorahhhhh!!!

Monday, July 2, 2012

Pembangkang 'seriau' dengan 'Janji Ditepati' oleh PM sebab depa hanya "pandai janji tak reti tepati" betoi ka??




Nampaknya, semakin dekat pilihanraya semakin banyak perkara yang membuatkan pembangkang gelisah.   Bukan sahaja mereka gelisah kerana tidak dapat menutup skandal-skandal mereka, tetapi perkara remeh dan kecil seperti iklan ‘janji ditepati’ juga mampu membuatkan mereka tidak senang duduk.  

Begitu hebatnya penangan iklan yang bersifat sederhana itu sehinggakan laman web mereka, iaitu Suara Pakatan Rakyat terpaksa memberi peringatan mengenainya kepada para pemimpin pembangkang.

Kita faham pembangkang menjadi gelisah bukan sahaja kerana iklan tersebut dapat mengingatkan rakyat tentang jasa-jasa Barisan Nasional selama ini, tetapi di masa yang sama, ia menyedarkan rakyat bahawa janji-janji pembangkang masih lagi belum ditepati walaupun telah hampir sepenggal mereka memerintah di beberapa negeri.

Seperti yang diakui sendiri oleh laman Suara PR, walaupun Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi BN dari segi penggunaan media untuk mempengaruhi rakyat, tetapi kalaupun mereka mempunyai kemampuan yang sama, PR tetap tidak punya apa-apa rekod untuk digembar-gemburkan sebagai jasa mereka.  

Oleh itu, sekiranya PR diberikan slot atau ruang untuk membuat iklan sendiri di TV, kita percaya, apa yang mampu mereka lakukan hanyalah menabur lagi janji-janji baru dan bukannya menyatakan janji apa yang telah dikotakan.

Bukan rakyat tidak tahu bahawa kalau adapun sedikit ‘jasa’ atau janji yang ditepati mereka, seperti air percuma di Selangor, ianya tidak menyeluruh dan tidak memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat, sepertimana yang diakui oleh laman pro mereka tersebut.

Mungkin penyokong tegar pembangkang akan memandang sinis iklan tersebut dan menganggapnya sebagai bahan kempen pilihanraya.  Tetapi, apa yang penting di sini ialah apa yang dipapark oleh iklan tersebut adalah fakta dan bukan angan-angan atau pembohongan.  Antaranya pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100, Klinik 1Malaysia dan lain-lain yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa walaupun penyokong-penyokong tegar pembangkang itu sendiri.

Malah, mereka sendiri adalah merupakan penerima semua pemberian ini walaupun saban hari mereka mencaci BN dan menganggapnya sebagai haram atau rasuah.

Lebih teruk lagi ialah pemimpin pembangkang sendiri ‘merestui’ hatta ‘menggalakkan’ penyokong mereka mengambil semua bantuan yang diberikan BN ini tetapi di masa yang sama mengharapkan para penyokong tersebut menentang BN.

Sedangkan bukan semua manusia itu berfungsi dengan mengikut emosi dan mudah termakan hasutan.  Ramai lagi rakyat di Malaysia ini yang berfungsi mengikut akal, mampu menilai fakta, dan tahu menghargai nikmat di depan mata.  Bukan semua rakyat Malaysia kurang ajar seperti para peserta BERSIH, masih ramai lagi yang tahu berterima kasih.  Maka, tidak mungkin mereka yang rasional ini dapat menafikan yang BN telah berjasa kepada mereka sedangkan sudah nyata mereka mendapat manfaat dari bantuan yang diberikan.

Oleh itu, walaupun iklan janji ditepati dianggap remeh dan sederhana sahaja pembikinannya, namun apabila ia berasaskan kebenaran, ia mampu memberi impak yang mendalam.  Ini kerana manusia tidak mungkin dapat menafikan emosi insaf, sedih, syukur dan mungkin juga simpati yang dibawa dalam mesej ‘janji ditepati’.

Justeru, pembangkang boleh menuduh BN mempergunakan media untuk kepentingan politik dengan berkempen secara meluas melalui iklan tetapi apa yang penting bagi rakyat ialah apa yang disampaikan tersebut adalah kebenaran yang perlu diterima dan tidak boleh disangkal lagi.

Jika pembangkang tidak ingin terus merasa gelisah dengan iklan tersebut, apa yang harus dilakukan bukanlah mengkritiknya tetapi cuba menyainginya dengan cuba menepati janji-janji yang telah ditabur mereka.  Soalnya, bolehkah mereka melakukannya?  Sama-sama la kita tunggu...hahahaha !!!

Friday, June 29, 2012

PILIH PEMULIHAN, BUKAN REFORMASI 'CHEAP SALE' !!


Akhbar Australia, The Age (9 September) menyiarkan apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim katakan padanya:
Anwar berkata, hubungan beliau dengan Dr. Mahathir semakin buruk sejak berlaku perkara buruk di Indonesia.
"Selepas Suharto tumbang. Saya rasa dia amat takut selepas kejadian itu. Secara objektif, saya menyatakan, situasi rasuah di Indonesia adalah lebih buruk berbanding di Malaysia, tetapi kita mempunyai penyakit yang sama.'' Maka jelaslah Anwar percaya kepada apa yang berlaku di Indonesia akan berlaku juga di Malaysia. Ia juga menggambarkan akan mengambil langkah yang sama.

Kepercayaan bahawa masalah di Indonesia adalah serupa dengan masalah di Malaysia adalah suatu penyakit intelektual yang sering merundung sesetengah pejuang politik Melayu sejak sebelum zaman kemerdekaan lagi. Inilah juga penyakit yang ditanggung oleh nasionalis kiri Melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) seperti Dr. Burhanuddin Al-Hilmi, Pak Sako dan Ahmad Boestamam.
Mereka menyangka Tanah Melayu perlu mengikut jejak Indonesia. Dengan kekaguman terhadap Sukarno mereka mahu melancarkan revolusi kemerdekaan di Tanah Melayu dan melaksanakan program politik (republikan anti-Barat) dan ekonomi (sosialis) cara Sukarno. Malah mereka mahu menggabungkan Tanah Melayu ke dalam Indonesia.
Perjuangan kiri tidak diterima dan tidak sesuai dengan orang-orang Melayu. Lebih membahayakan apabila ia terdedah dengan penaklukan oleh China komunis ke atas rantau ini.
UMNO dan Datuk Onn adalah pihak yang berjaya menyelamatkan Tanah Melayu daripada terjerumus ke dalam kesengsaraan. Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak faham bahawa Tanah Melayu berbeza daripada Indonesia. Orang-orang Melayu tidak seperti Indonesia. Kita mahu mengekalkan sistem beraja dan sistem ekonomi pasaran bebas. Ternyata cara ini telah mendatangkan kemakmuran kepada Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.

Anwar dan ABIM terpukau dengan cara Indonesia
Kini dalam zaman yang lain, ada golongan Melayu yang masih terpukau dengan cara-cara di Indonesia. Mereka seolah-olah menyamakan masalah Indonesia dengan masalah di Malaysia. Mereka tidak nampak perbezaan ketara antara kedua-dua negara ini.
Kalau dulu, intelektual kiri Melayu terpengaruh dengan Revolusi Indonesia dan retorik Sukarno, kini Anwar, ABIM dan konco-konconya terpengaruh dengan perjuangan Reformasi Indonesia dan kagum dengan kejayaan tokoh Reformasi, Amien Rais. Akan tetapi yang pasti, Amien tidak menghadapi masalah peribadi.
Memang diketahui tokoh-tokoh ABIM seperti Siddiq Fadil dan Sidek Baba mempunyai kecenderungan terhadap cara Indonesia. Malah mereka berucap menggunakan bahasa seperti Indonesia.
Reformasi mungkin sesuai di Indonesia, tetapi tidak di negara ini. Reformasi di sana mempunyai idealisme tersendiri bagi menyelesaikan masalah masyarakat di sana. Mungkin Amien Rais sesuai dengan Indonesia. Tetapi caranya, dengan menggunakan mahasiswa tidak sesuai di Malaysia. Malaysia tidak mempunyai masalah penglibatan tentera dalam politik. Korupsi, kolusi dan nepotisme yang menjerat rejim Suharto tidak ada di Malaysia. Malaysia ada Dasar Ekonomi Baru yang begitu dikagumi hingga ada saranan di kalangan intelektual Indonesia dan penganalisis Barat supaya Indonesia menirunya.

Akan tetapi masalah Indonesia tetap berbeza. Amien Rais adalah tokoh yang baik dan mungkin beliau sesuai untuk memimpin Indonesia pada satu hari kelak. Akan tetapi Anwar tidak sama dengan Amien. Amien, ketua Muhammadiyah dan kini menjadi ketua Partai Amanat Nasional (PAN) muncul dari perjuangan mahasiswa dan rakyat yang menuntut reformasi di Indonesia.
Akan tetapi Abim bukan Muhammadiyah. Anwar walaupun pada tahun-tahun 70-an telah muncul dari gerakan mahasiswa tetapi telah dinaikkan dan diserapkan ke dalam kerajaan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Anwar, selama 16 tahun adalah sebahagian daripada kerajaan Malaysia.
ABIM pula, walaupun ada idealisme Islamnya sendiri tetapi telah menyokong UMNO dan kerajaan, kerana adanya Anwar selama 16 tahun juga. Anwar dan ABIM tidak layak melancarkan reformasi.
Malah sekiranya mereka teruskan juga, mereka akan mencemarkan idealisme reformasi itu sendiri. Bagi Malaysia, sehingga ini, cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ialah rancangan pemulihan yang telah digariskan oleh Perdana Menteri.
Malaysia berpeluang untuk berjaya
Sokongan terhadap cara Perdana Menteri menangani kegawatan ekonomi kian bertambah dari kalangan pemerhati antarabangsa. International Herald Tribune (9 September) menyiarkan rencana oleh Marshall Auerback, jururunding strategik global Veneroso Associates.
Katanya: "Dunia tidak begitu menghiraukan Mahathir bin Mohamad pada Disember lalu ketika beliau mengadakan sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Asia di Kuala Lumpur. Kebanyakan penganalisis Barat menggambarkan Mahathir sebagai xenofob (antiasing) dan menganggap kata-kata anti-Baratnya sebagai hanya penyedap sidang.
"Mungkin itu adalah antara sebabnya, tetapi perhatian yang lebih seharusnya diberikan kepada sidang kemuncak Kuala Lumpur itu. Orang-orang Asia Tenggara sejak itu hanya mengangguk setuju pada pihak Barat tetapi tidak ada niat serius untuk melaksanakan penyelesaian IMF yang boleh memusnahkan masyarakat.
"Beberapa bank akan tutup dan beberapa badan korporat akan bergabung; pekerjaan akan hilang dan pinjaman akan diatur semula dan dijual. Akan tetapi dari Tokyo ke Jakarta, niat yang jelas adalah untuk menggalakkan suasana supaya rantau itu keluar dari kemelesetan tetapi mengelak perubahan struktur yang dianggap oleh IMF sebagai perlu."
"Saya adalah pendukung Keynes yang ketinggalan zaman,'' kata Kiichi Miyazawa pada hari dia dilantik sebagai Menteri Kewangan Jepun pada Julai lalu. Beliau kemudian menegaskan bahawa dia menyokong "pemulihan ekonomi, dan bukan reformasi.''
"Ini adalah lebih daripada pernyataan dasar; ia lebih mencerminkan strategi di samping taktik. Isunya bukan saja hasil ekonomi bagi suku tahun berikutnya tetapi pemeliharaan satu model ekonomi yang telah memajukan rantau ini pada kadar dan pada tempoh yang tidak ada bandingannya dalam sejarah.
"Dalam konteks inilah yang perlu diperhatikan betapa Malaysia mengenakan kawalan modal. Wall Street dan Jabatan Negara Amerika Syarikat dilaporkan terkejut bahawa Mahathir mengambil langkah demikian. Mereka memang patut terkejut. Kini kita mempunyai satu kes kajian terhadap model yang berbeza daripada model ekonomi Inggeris-Amerika. Model Inggeris-Amerika meletakkan ciri-ciri utamanya sebagai pengaliran modal yang tidak terganggu.

"Dasar baru Malaysia ini telah mendorong bantahan yang tidak bersebab dari pusat-pusat kewangan Barat. Kawalan mata wang dikatakan akan menghapuskan keyakinan yang penting dan modal Barat yang berada di Malaysia akan lari.

"Apakah yang berlaku terhadap sejarah? Dengan beberapa pengecualian kecil, kawalan modal telah dilakukan di rantau ini semasa Perang Dingin - era keajaiban ekonomi Asia - tidak pernah menghalang pelaburan. China, Korea Selatan dan Taiwan masih mengekalkan kawalan. Mengenai larinya modal, angka-angka dalam pasaran Kuala Lumpur menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang seharusnya setia dan memiliki pelaburan jangka panjang telah lama meninggalkan negara ini.
"Difahami betul-betul, kawalan modal bertujuan untuk mengehadkan aliran masuk, dan bukannya aliran keluar. Mahathir telah membuat kesimpulan bahawa modal jangka pendek yang banyak daripada luar adalah suatu yang merosakkan pada sistemnya yang berasaskan pada kadar simpanan tinggi dan pinjaman korporat yang tinggi.
"Dikecam di Barat, tindakan Malaysia tidak dibantah di Asia Timur. Jika Malaysia berjaya mencetuskan pertumbuhan, sememangnya peluang untuk berjaya ada, ia menjadi satu petanda bagi kapitalisme Inggeris-Amerika menjadi hanya salah satu model di kalangan yang lain. Kita akhirnya akan mendapati dunia terbahagi kepada beberapa blok ekonomi sebagai hasil berpanjangan globalisasi,'' kata Auerbeck.

Malaysia munculkan model baru ekonomi
Maksud Auerbeck dalam tulisannya itu ialah jika Mahathir berjaya mengatasi kegawatan ekonomi Malaysia dengan cara kawalan modal itu, ia akan memunculkan satu model ekonomi kapitalis ala Malaysia, berbeza daripada model Inggeris-Amerika.
Jika kemudian negara-negara lain, khususnya di Asia mengambil contoh, maka ia menjadi model Asia Timur yang harus diterima oleh Barat sebagai sesuatu yang boleh berfungsi.
Auerbeck juga menulis:

"Ramai di Barat yang memandang Asia dan rantau-rantau lain hanya sebagai pasaran yang bertindak menurut logik pasaran dan bukan sebagai suatu masyarakat yang kompleks. Pemimpin-pemimpin Asia dalam kedudukan yang sesuai untuk memperbaiki keadaan ini. Mereka mungkin tidak dapat menjadi pelaksana demokrasi yang berprinsip, tetapi kejayaan ekonomi mereka berkait rapat dengan kekuatan masyarakat nasional yang dicabar oleh globalisasi.
""Memang difahami di seluruh Pasifik bahawa globalisasi yang menyebabkan krisis Asia dan tidak secara logiknya sebagai penawar. Ada kalangan di Barat yang yakin bahawa globalisasi adalah suatu yang tidak dapat dielakkan. Sebenarnya tidak. Dunia tidak bersedia untuk menjadi satu.''

Pengganti Perdana Menteri bukan menjadi masalah
International Herald Tribune menyiarkan berita bertajuk "Malaysia bimbang terhadap penggantian Mahathir'' (7 September).

Media asing memang menjadikan isu ketiadaan pengganti Perdana Menteri sebagai suatu masalah dan akan menghalang keyakinan pelaburan.
Sedangkan perkara itu bukan suatu masalah besar. Perdana Menteri sendiri berkata, kalau apa-apa yang berlaku pada dirinya, UMNO akan bertindak dengan cepat untuk memilih antara dua Naib Presiden yang ada iaitu Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak. Prosedur sudah ada, dan itu tidak menjadi isu.
Akan tetapi media asing memang cuba memperbesarkan suatu masalah yang bukan masalah utama. Dahulu, ketika Suharto memerintah Indonesia, isu itu juga ditimbulkan. Mereka menggambarkan bahawa Indonesia akan menjadi masalah kerana Suharto tidak menyediakan penggantinya.
Sedangkan menurut perlembagaan Indonesia, perkara itu sudah jelas. Naib Presiden sudah ada iaitu B.J. Habibie. Ternyata apabila Suharto mengundurkan diri, Habibie dengan mudah diterima sebagai Presiden Indonesia. Walaupun ada bantahan dan gerakan reformasi, tetapi kekacauan bukan kerana soal penggantian Habibie.
Sebenarnya yang menjadi persoalan bagi mereka bukanlah sama ada pengganti atau tidak, tetapi soalnya sama ada pengganti mereka itu orang mereka atau tidak.
Jadi andai kata mereka tidak berpuas hati dengan Habibie, media asing akan mengacaunya lagi dan menyeru supaya digantikan dengan orang lain, mungkin atas nama reformasi. Begitulah hasrat mereka.
Selain yang mereka mahu adalah orang mereka, mereka juga mahu dasar-dasar kewangan yang menguntungkan mereka diterapkan di negara ini. Dasar-dasar yang menguntungkan mereka dan tidak mestinya menguntungkan rakyat negara ini.
Jadi dalam dasar kewangan Mahathir, mereka akan mengecamnya, dan malah mungkin cuba menggagalkannya kerana ia tidak menepati kepentingan spekulator Barat. Kebebasan media bagi mereka adalah apa yang berkhidmat untuk kepentingan kewangan Barat.

Sumber: utusan malaysia, 13 September 1998

Saturday, May 19, 2012

Guan Eng ketar lutut takut mampos ??

Siapa Yang Akan Mamposs?? Khabarnya, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan sudah membuat laporan kepada SPRM perihal percubaan Lim Guan Eng menyogok Tunku Aziz dengan jawatan bergaji RM50,000 serta peluang makan angin ke luar negara.   Khabarnya juga berpeluh-peluh Guan Eng cuba menepis isu ini dan berpencak silat serta berkung-fu sakan pencacai-pencacainya cuba menyelamatkan boss mereka.   Mana tidaknya, apabila veteran parti, termasuk Karpal Singh sendiri yang sudah lama makan hati dengan kebiadapan Guan Eng juga tampil menempelak beliau.   Malah bapanya, Lim Kit Siang juga tidak menyebelahi beliau sebaliknya memihak kepada Tunku Aziz dalam hal ini.   Memetik kata-kata Tunku Aziz, Guan Eng tidak boleh dipercayai, kurang ajar, biadap dan korup.   Jika Lim Kit Siang lebih pandai mendidik anak, tentu DAP tidak menghadapi masalah sebegini.   Namun, apakan daya, Lim Guan Eng adalah produk rasis, chauvinis tulen yang akar umbinya menjangkau jauh hingga ke Singapura dan negara asal nenek moyangnya.   Sifat hormat, tolak ansur, timbang-rasa, belas kasihan, kasih sayang dan ikhlas terutama terhadap bangsa lain tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.   Tidak pasti bagaimana taktik Guan Eng dan DAP untuk keluar dari masalah ini.  Tetapi di peringkat awal ini nampak seolah-olah Guan Eng perlu memikul kesalahan ini sendirian.   Bagaimanapun, kita tidak hairan jika keadaan ini bertukar apabila siasatan mula dijalankan oleh SPRM.   Kita yakin, pada waktu itu, Karpal dan Kit Siang juga akan menyanyi lagu yang sama dengan Guan Eng dan menuduh Tunku Aziz menipu.   Ini kerana, DAP mengamalkan prinsip parti lebih penting dari kebenaran.  Prinsip ini amat berbeza dengan BN yang sanggup mengaku dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang benar-benar bersalah sebagai mendaulatkan integriti.   Dengan SPRM menjadi musuh utama parti yang penuh rasuah ini, kita yakin yang drama mengalihkan isu akan berulang lagi.  Jika sebelum ini seorang saksi utama SPRM dalam kes rasuah DAP iaitu Teoh Beng Hock, telah ditemui mati, maka tidak mustahil taktik yang hampir sama juga akan dilakukan untuk mengalih isu dalam kes ini.   Kenapa agaknya DAP sukar sekali mengambil tindakan terhadap pemimpin yang bersalah?  Adakah kerana pemimpin yang terlibat selalunya merupakan pemimpin di peringkat paling atas dan bukannya bawahan?   Justeru, bagaimana kita mengharapkan pemimpin atasan ini mengambil tindakan terhadap diri mereka atau anak beranak mereka sendiri?   Inilah akibatnya jika parti mengamalkan nepotisme dan kronisme seperti DAP di mana hanya bapa, anak, menantu, rakan baik dan keluarga rakan baik sahaja yang berpeluang memegang jawatan tertinggi. Apapun yang pasti, pendedahan Tunku Aziz berkenaan budaya rasuah dan kilas tangan DAP bukan perkara baru.  Sikap ketidaktelusan DAP juga sudah terlalu biasa kita dengar dan sudah pun dijangka sejak sebelum mereka memerintah mana-mana negeri pun.   Nampaknya, apa yang kita jangka itu bukanlah tidak berasas.  Ini terbukti apabila semua pemimipin mereka yang keluar parti memberikan alasan yang sama iaitu tidak lagi boleh menerima sikap kuku-besi, kiasu, samseng dan korup kepemimpin atasan DAP.   Justeru, adalah menjadi satu perkara yang lucu bila DAP terus-terusan melaungkan slogan CAT (Cekap, Amanah dan Telus) sedangkan sifat sebenar mereka sudah lama terserlah luas dan semakin hari semakin  jelas dan terang benderang.    Nampak benar mereka tidak tahu malu walaupun seluar sudah terlondeh hingga ke lutut.      

Sunday, April 8, 2012

LAKONAN HEBAT AZIZAH DAN SHAMSIDAR

Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh laman pembangkang, Suara PR, Wan Azizah dikhabarkan akan mengadakan sidang media bersama dengan Shamsidar Taharin minggu depan bagi membersihkan nama masing-masing yang dikaitkan dengan kisah cinta empat segi senget antara Anwar, Azizah, Azmin dan Shamsidar.

Sebagai pemerhati politik, penulis sekadar ingin menasihat para penyokong PR agar tidak terlalu menaruh harapan yang sidang media itu akan menjadi kenyataan. Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan ‘stunt’ tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Bermula dari saman terhadap Chandra Muzaffar dan kini Nallakarupan yang difail tetapi tidak diserahkan, sehinggalah kepada keengganan menjelaskan ke mana hilangnya jam Omega, mengacah konon ingin bersumpah dan penubuhan kerajaan 16 September, maka penulis rasa cukup-cukuplah penyokong-penyokong PR diperdaya.

Semua pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu bahawa Wan Azizah dan Shamsidar sudah lama tidak bertegur sapa. Semua orang tahu, Wan Azizah tidak akan menghadiri program di mana Shamsidar juga menghadirinya. Sekiranya mereka terserempak, mereka akan bermasam muka. Ketegangan antara mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Itu hakikat.

Wan Azizah juga tidak begitu ‘ngam’ dengan Azmin dan cukup menyampah apabila pada suatu ketika dulu, Azmin gemar benar memakai baju yang sama dengan Anwar, suaminya.

Maka, untuk seorang penulis di Laman Suara PR cuba menipu kita dengan kisah dongeng keakraban kedua wanita ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat kini bagaikan lemas dalam peluru yang bertali arus sama ada ditembak musuh atau tertembak sendiri tanpa sengaja.

Jika benar Wan Azizah dan Shamsidar akan membuat sidang media bersama, kenapakah berita ini tidak datang dari kedua-dua mereka sendiri dan dilaporkan oleh media rasmi mereka? Kenapakah hanya Laman Suara PR yang menghebahkannya?

Malah mereka juga berdiam diri apabila khabar kononnya Umi Hafilda mempunyai bukti bergambar hubungan Anwar-Shamsidar dihebahkan oleh laman yang sama.

Nampak sangat ini adalah usaha terdesak PR untuk menangkis peluru yang dilontarkan Nallakarupan. Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha untuk menjawab persoalan mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau hubungan dingin Azizah-Shamsidar maka rakyat akan melihat bahawa kisah cinta 4 segi senget lagi songsang keluarga mereka adalah benar belaka.

Perkembangan ini meletakkan PR dalam keadaan serba tak kena. Jika didiamkan maka penyokong akan mula meragui mereka, tetapi jika diberi respon maka mereka mungkin akan terjerat diri sendiri.

Kerana itu, penulis yakin, sidang media Azizah-Shamsidar tidak akan berlaku. Ia hanyalah propaganda politik sementara menunggu idea baru untuk menangkis isu.

Wednesday, March 28, 2012

PRU vs PEMILIHAN yg mana penting ?

Di mana saja aku pergi pasti terdengar pertanyaan yang sudah menjadi sebati dalam diri semua orang, Bila PRU ? Bila Pemilihan UMNO n Pakatan ? Bila itu...bila ini ?? Bila semua orang asyik bertanya, ramai yang cuba mencari jawapan dengan membuat telahan mengikut kajian serta pemerhatian keadaan sekarang. Seboleh-bolehnya semua pihak cuba untuk tidak menimbulkan isu-isu panas yang boleh merugikan pihak masing-masing, namun di pihak yang lain masing-masing cuba untuk memberi tanggapan negatif tentang pandangan sisi parti masing-masing.

Seperti satu perlawanan bola kalah mati, siapa yang tewas pasti tidak akan mendapat piala kemenangan yang diidamkan, namun adakah kemenangan tersebut wajar diungguli dengan kata nista, fitnah serta pembohongan ?? Namun dalam sesi 'perjuangan' ini siapa yang maju menimbang tentang kewajaran sesuatu perkara atau kepentingan sebuah kebenaran ?? Benar dan salah berada di paras yang sama...dan yang harus menilaikannya adalah diri kita sendiri. Kita harus menilai dengan pemikiran yang waras serta minda yang tenang kerana kadangkala sesuatu yang kelihatan benar dengan penglihatan mata kasar, belum tentu lagi tulen nilai kebenarannya,oleh itu jangan hanya melihat dan percaya dengan pandangan mata..harus digunakan 'sense' dan kelojikannya dalam hati dan minda.. fikir-fikirkan lah....

Saturday, March 24, 2012

Ka Mila Rela Sokong Kak Jatt ??



Apabila riuh rendah diperkatakan tentang Kak Izat dan kes lembunya, dan dalam keriuhan tersebut tiba-tiba Kak Izat membuat pengumuman akan 'resign' sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendatangkan pelbagai persepsi tentang apa yang bakal berlaku dengan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO. Namun apa yang paling 'melemaukan' ada pulak pihak yang teringin nak merasa kerusi 'ketua' maka Ka Mila dengan tiada segan silu menyeru agar Kak Izat mengundur diri sebagai Ketua Wanita UMNO.

Tetapi apabila PM sendiri dengan secara terang-terangan menyatakan tentang kedudukan Kak Jatt yang tidak akan goyang dan tetap teguh sebagai Ketua Wanita UMNO, apakah perasaan Kak Mila ketika itu ?? Adakah Kak Mila gembira atau pun merasa duka ?? Adakah kenyataan tersebut tidak kena pada masa dan ketika nya ?? Adakah Kak Mila lupa dan nak dekat PRU dah ni ??

Macam-macam komen yang aku terima daripada orang ramai, tetapi kebanyakan menyokong Kak Jatt dan menyelar perbuatan 'songsang' Kak Mila.. Ramai yang tidak pernah dengar nama Kak Mila pun ada..tup-tup secara tiba-tiba Kak Mila jadi 'glamer'. Masa di PWTC tadi aku tengok wartawan lebih berminat nak dapatkan statement Kak Mila daripada statement Kak Izat... 'memang glamerrr'....

Namun aku rasa Kak Mila sebagai naib TIDAK PATUT melakukan perkara yang bakal mengundang kontroversi serta menimbulkan isu 'ketidakngaman' dalam saf kepimpinan WANITA. Apabila seorang Naib tidak menghormati Ketuanya adakah dengan mencadangkan agar Ketuanya di 'nyahkan' dalam jawatan Ketua bakal menjadikan dirinya sebagai Ketua....

Mungkin Kak Mila berfikiran untuk membersihkan nama Wanita UMNO daripada terkena tempias 'lembu' oleh Kak Jatt. Namun pelbagai spekulasi boleh dibuat tentang kenyataan yang dibuat oleh Kak Mila. Kak Mila seharusnya berfikiran lebih matang sebelum membuat apa-apa kenyataan yang akhirnya memakan dirinya sendiri, bak kata orang dulu-dulu 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'
Kekadang hanya dengan satu perkataan bisa memutuskan silaturrahim antara insan....jagalah tutur kata kita dalam kehidupan harian. Lebih banyak kita bercakap lebih banyak kesalahan yang kita lakukan, oleh itu lebihkanlah mendengar pasti akan selamat....betul ker ?? Lu pikir la sendiri !!!