Thursday, December 9, 2010

Ketuanan Melayu lebih sesuai 'Kedaulatan Melayu'


Isu Ketuanan Melayu menjadi panas gara-gara ucapan daripada Presiden PKR yang secara terang-terangan menolak Ketuanan Melayu pada Konvensyen PKR yang lepas. Rentetan daripada itu ramai pihak yang mengutuk serta bangun untuk mempertahankan Ketuanan Melayu. Wira Perkasa menggelar Presiden PKR sebagai 'Pelacur Politik' telah membangkitkan pelbagai pendapat, rentetan daripada itu Wirawati Perkasa pula membuat kenyataan bahawa Penasihat PKR adalah 'Utusan Syaitan' yang diutus untuk memecahbelahkan orang Melayu.


Dari semasa ke semasa pelbagai pihak dan orang perseorangan yang mengecam 'suami isteri' dalam PKR kerana tidak bangga menjadi seorang Melayu di tanahair sendiri. Pihak bukan Melayu yang tidak memahami permainan politik si 'suami-isteri' terus-terusan menyokong mereka kerana mereka tidak begitu paham dengan maksud sebenar Ketuanan Melayu yang dibangkitkan.


Namun apabila Sultan Selangor secara terang-terangan mengutuk dan memberi amaran agar tidak mencuit hak Melayu dan tidak menggunakan isu Ketuanan Melayu untuk memecahbelahkan umat Melayu, isu ini dilihat sedikit reda...dan diikuti kenyataan daripada Sultan Perak serta Sultan Johor yang mahu Ketuanan Melayu ditukarkan kepada 'Kedaulatan Melayu' agar kekeliruan pihak yang tidak memahami dapat difahamkan dan pihak yang ingin memutarbelitkan kenyataan ini dapat di hentikan.


Namun yang pasti isu Ketuanan Melayu BUKANNYA merujuk kepada 'tuan' dan 'hamba' seperti yang di war-warkan oleh si 'suami-isteri' tersebut. Ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan raja sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu.


Inilah contoh Melayu yang specis si 'suami-isteri' :

" Bodoh tak boleh di tegur, senang tak boleh menumpang. Tolol tak boleh di tolong, Pintar tapi otak berputar-putar, kata dulang paku serpih, kata orang si 'suami-isteri' yang terlebih-lebih, pat-pat siku lipat, masuk PKR adik-bradik semua cepat naik pangkat.


Ketuanan Melayu selamanya..!!!!