Friday, February 19, 2010

Pakatan Rakyat Sudah Tidak Sepakat.

Mutakhir ini banyak peristiwa yang berlaku dan sering juga dikaitkan dengan isu kesepakatan dalam PR..tidak syak lagi Pakatan Rakyat sudah mulai menampakkan kelemahan dalam corak kepimpinan mereka,justeru ramai barisan kepimpinan yang mempunyai masalah dalamam sesama mereka dan tidak kurang juga yang beransur-ansur meninggalkan PR yang dalam keadaan tidak langsung berpakat tentang pelbagai perkara.
Komen DSAI tentang masalah dalaman PR ? Begitu mudah dia berkata bahawa apa yang terjadi adalah kerana kesilapan memilih pemimpin yang kurang tepat dan tidak berkaliber,tidakkah kenyataan itu bakal melukakan hati barisan kepimpinan yang telah dipilih dan mungkin bakal menimbulkan barah kesedihan yang kian menular dalam PR sehingga pada satu masa ianya tidak dapat dibendung lagi...maka pendarahan dalaman akan berlaku,sedikit demi sedikit memecahkan cantuman urat saraf dan hubungan kerakyatan diantara pihak yang tidak bersepakat tidak akan seperti sediada lagi...
Tahniah..sekali lagi DSAI telah berjaya untuk 'menyelesaikan' pandangan rakyat tentang kekusutan yang melanda kepimpinan PR yang memang tidak tahu apa yang mereka pimpin dan bagaimana untuk memimpin sedangkan sesama mereka tidak langsung ada sifat kemuafakatan seperti yang di war-warkan...Malahan sesama mereka masing-masing saling sakat menyakat dan langsung tidak menguntungkan rakyat...rakyat mungkin berpakat memilih PR untuk membela nasib mereka, namun tidak bagi kepimpinan PR yang kurang berpakat dan juga berpikiran singkat...

Thursday, February 4, 2010

Anwar Ibrahim Nak Lari Lagi..


Hari ini telah masuk hari yang ke dua Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari telahpun memberikan penerangan secara tertutup.Namun belum apa-apa lagi Anwar Ibrahim dan nak mohon tarikh awal perbicaraan bagi mendengar rayuannya untuk tangguh lagi perbicaraan kesnya.Kalau macam ni sampai bila kes ni nak habis.Kalau di luar mahkamah macam-macam kenyataan yang telah di canang untuk menyatakan bahawa dia tidak bersalah,kenapa tidak saja dibuktikan dalam mahkamah.Kenapa mau lari lagi...Mau lari sampai bila,sampai tahun 2012 ka..Kalau benar tak salah kenapa nak takut,peguam pun semua hebat-hebat belaka...Aku tengok si Saiful tu nampak rileks saja..Kalau nak diikutkan malu, Si Saiful pun tentu lagi malu,sebab yang diliwat tu dia..
PR dan PAS seharusnya sedar,pemimpin yang sangat diagungkan tu pun bukannya terdiri daripada orang yang benar-benar mengikut lunas-lunas agama serta langsung tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada ahli-ahlinya...Time jadi bos dulu pun..staff sendiri dia makan..tambahan la yang takde kepentingan bagi dia..alamatnya semua barisan kepimpinan dan juga ahli dalam PR dan PAS hanya jadi alat untuk dia memuaskan nafsunya dalam mengejar cita-cita sebagai seorang PM yang tidak bermaruah.