Friday, January 22, 2010

Perjuangan..Selesai..Belum ?

Ekoran daripada isu kalimah Allah di susuli pula dengan peristiwa kebakaran gereja dan kini akibatnya talibarut yang telah menimbulkan isu ini telah mula meliar dan muncul kes melibatkan surau pulak,sekiranya perkara sebegini terus-terusan berlaku maka akibatnya amatlah merbahaya dan semua bangsa pastinya akan terus-terusan menuding jari kepada satu sama lain sehingga puncak kepada isu ini ini adalah...perang!!

Perang yang melibatkan emosi di kalangan semua bangsa,ketidakpercayaan tentang sesuatu kenyataan atau pertikaian tentang kesamarataan hak. Perang untuk terus menyalahkan orang-orang Islam dan menghubungkaitkan dengan keganasan atau kepincangan seperti yang berlaku di negara luar. Perang antara saudara sesama Islam,bukan perang yang bersifat hakiki tetapi lebih menjurus kearah siapa yang kamu percaya atau siapa ketua kamu, namun yang pasti peperangan yang terjadi itu adalah salah satunya berpunca daripada pendirian yang tidak serupa dalam sesuatu organisasi atau parti yang kononnya berbentuk perjuangan yang begitu mengagungkan Islam sehingga tidak lagi kelihatan semangat Islamnya,atau parti yang membentuk semangat anti perkauman sehinggalah kepada satu tahap yakni kaum-kaun lain telah mula berani menyuarakan apa yang tidak wajib diungkitkan..

Namun,apa yang begitu mengecewakan adalah,orang yang menjadi dalang tongga kepada semua kemusnahan ini adalah orang Islam sendiri...yang mana mungkin si Islam ini telah tamat tarikh tempoh serta luput sifat-sifat keislaman dalam dirinya...semua harus bangun serta sedar..bangun dan sedar..sedar dan bangun sekelian...Bangunlah...

Monday, January 11, 2010

Penganut Kristian Minta Gereja Gugur Tuntutan Guna Kalimah 'Allah'.

Demi keharmonian dan keselamatan negara, seorang penganut Kristian yang juga Presiden Majlis Jaksa Pendamai (JP) Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun, meminta masyarakat Kristian negara ini menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah 'Allah'. Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah, berkata tuntutan itu harus dinilai semula berikutan bantahan umat Islam berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh Herald-The Catholic Weekly.
"Walaupun Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan 'Allah' bukan hanya boleh digunakan orang Islam, kita harus sedar reaksi masyarakat dan organisasi Islam terhadap perkara itu. "Masyarakat Kristian harus faham bahawa umat Islam marah kerana perkataan 'Allah' sudah digunakan di Malaysia sejak azali lagi dan ia juga merujuk kepada Tuhan bagi Islam. "Saya sedar, kenyataan ini akan menyebabkan ramai penganut Kristian menyalahkan saya, tetapi jika penganut Kristian yang sebenar, kita harus memaafkan dan saling sayang menyayangi," katanya dalam kenyataannya di sini, semalam.
Pada 31 Disember lalu, Hakim Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur dan mengisytiharkan bahawa kalimah Allah bukan eksklusif kepada Islam saja. Bagaimanapun, Rabu lalu, Lau membenarkan permohonan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan kes berkenaan. Malakun yang juga Presiden Majlis JP Sabah, berkata lebih wajar penganut Kristian menggunakan perkataan `Tuhan' atau `Tuhan Yang Maha Kuasa' berbanding mendesak untuk menggunakan kalimah `Allah'. Beliau berkata, penganut Kristian di Malaysia tidak wajar mencontohi masyarakat Kristian di Indonesia yang menggunakan kalimah 'Allah' dalam urusan agama mereka, sebaliknya harus mematuhi Perlembagaan Malaysia.
"Biarkanlah saudara Islam kita saja menggunakan kalimah 'Allah' demi kebaikan kita hidup dalam aman dan harmoni. "Dengan memahami 'Allah' itu Tuhan bagi umat Islam, masyarakat Kristian harus mampu menyesuaikan diri dengan situasi di negara ini bahawa Islam agama rasmi Malaysia. Jika kita terus mendesak, ia akan mengakibatkan keadaan bertambah buruk," katanya. Sehingga semalam, tujuh gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak, menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme dipercayai mempunyai kaitan dengan kontroversi penggunaan kalimah 'Allah' oleh Herald-The Catholic Weekly. - Berita Harian

Seandainya semua warganegara yang bukan beragama Islam di Malaysia berfikiran sebegini maka akan aman damailah bumi kita ini.Namun manusia itu adalah berlainan dan juga berbeza dari segi pemikiran mahupun kehendak.Jadi perkara yang tidak sepatutnya terjadi dijadikan isu hanya untuk kepentingan serta tujuan mereka tanpa mengira sensitiviti kaum lain.

Saturday, January 2, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 ? Allahu Akbar !!

Sedar tak sedar,sudah dua hari kita merasai hari baru untuk tahun 2010.Pastinya keazaman serta semangat yang dibawa masih dalam keadaan yang panas serta membara.Semoga kedatangan tahun ini akan membawa 1000 rahmat serta dapat menghilangkan sedikit sebanyak bencana serta dukalara yang terjadi sepanjang 2009.
Mengimbas kembali peristiwa sepanjang 2009,pastinya terdapat pelbagai bentuk kejadian yang memberi impak yang besar dalam sejarah kita.Tahun 2009 juga sentiasa panas dengan isu yang tidak putus-putus serta membuatkan rakyat hidup didalam keadaan yang tidak tenteram dengan berita yang terus menerus membongkar dan menelanjangkan pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan dan orang Islam.

Belum puas kita merasai nikmat tahun baru 2010,tiba-tiba muncul isu yang cukup mendatangkan kemarahan orang Islam..kenapa dengan tiba-tiba ada pihak yang ingin 'mengkristienkan' Allah!! Dimanakan letaknya rasa hormat pihak tersebut kepada orang Islam di Malaysia.Kenapa harus mencari pasal dengan mengeluarkan isu ini...Islam adalah agama rasmi di Malaysia,peratusan orang Islam adalah sebanyak 60% berbanding dengan bangsa lain yang hanya terdiri sebanyak 40%...dalam perlembagaan 153 juga turut diterangkan tentang hak dan kuasa agama Islam di Malaysia..malahan kenyataan tentang perlembagaan tersebut terdapat di serata tempat dan boleh dibaca serta difahami dengan mudah dan terlus...kenapa tidak baca..ataupun mungkin tidak tahu mengeja? atau jugak mungkin tak paham bahasa ?